Menurut satu kenyataan oleh penganjur, SHERUN adalah acara larian santai atau fun run yang diadakan khusus untuk wanita dan dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Acara itu diadakan buat julung kali dengan memilih Putrajaya sebagai acara kick-off untuk program bersiri larian SHERUN yang akan diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh negara sepanjang 2019.

SHERUN Putrajaya menyaksikan peserta berlari dalam tiga kategori iaitu tiga kilometer, lima kilometer dan lapan kilometer. Peserta mendaftar untuk menyertai SHERUN menerima medal, baju-T dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Putrajaya dipilih sebagai lokasi acara bersempena sambutan Hari Wilayah dan Hari Wetland Sedunia yang berlangsung pada Februari setiap tahun. Selain SHERUN, pelbagai program lain turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Putrajaya Wetland Park’s Day.

Antaranya ialah acara memanah, Jejak Taman Putrajaya, Fauna Bulan Ini dan Petting Zoo.

Mengenai objektif, penganjuran acara itu adalah seperti berikut:

1. Memeriahkan sambutan Hari Wilayah dan sambutan Hari Wetland Sedunia dalam acara Putrajaya Wetland Park’s Day.

2. Mempromosikan Taman Wetland Putrajaya sebagai destinasi sukan dan rekreasi yang sesuai untuk aktiviti korporat, hari keluarga, memerhati burung, program latihan dan motivasi.

3. Memeriahkan Putrajaya dengan acara larian yang turut menarik ramai pengunjung ke sini melalui sukan pelancongan (sports tourism) seterusnya meningkatkan sosioekonomi penggiat pelancongan di sekitar Putrajaya termasuk peniaga, penjaja, pengusaha hotel, pusat rekreasi dan restoran.

4. Memartabatkan wanita dalam acara sukan khususnya larian.

5. Menggalakkan keluarga untuk memberi sokongan kepada isteri, ibu, kakak, adik dan rakan-rakan wanita untuk terlibat dalam larian.

6. Menggalakkan cara hidup sihat melalui aktiviti larian.

7. Memupuk minat golongan wanita dari usia muda untuk berkecimpung dalam sukan larian dan secara tidak langsung mereka boleh mengenal pasti bakat untuk ke peringkat lebih tinggi lagi.

  • Untuk menyertai acara larian ini yang akan diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh negara, hubungi Narimah Samat di talian 012-3551662 atau emel [email protected]