Pengerusi SARBAN, Hazlan Harun berkata, program tersebut diadakan bertujuan mengukuhkan perpaduan antara ahli-ahlinya yang tinggal di bandar raya ini.

“Program akan bermula pukul 2 petang di pusat beli-belah AEON Mall, Seksyen 13. Kita berharap ramai yang akan turut serta.

“Bayaran RM56 seorang untuk tiga permainan, baju, kasut dan cenderahati,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Setiap pasukan terdiri daripada tiga pemain dan empat pemain.

Cabutan undi akan dijalankan dua hari sebelum pertandingan bagi menentukan laluan boling masing-masing.

Hazlan menambah, setiap bayaran penyertaan akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana SARBAN.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan boling tersebut boleh menghantar mesej menerusi WhatsApp ke talian 010-2009685 (Rosliana), 016-2944030 (Illa) atau 017-3700273 (Yan).