Manakan tidak, penggunaan syampu sewaktu mandi memerlukan waktu yang agak lama untuk mengeringkan rambut sekiranya tidak menggunakan pengering rambut dengan baik.

Dalam hal ini, usaha untuk memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar sangat penting agar wanita tampil lebih yakin dalam apa jua keadaan. Justeru, ia menjadi cabaran kepada mereka kerana rambut ibarat ‘mahkota’ kepada wanita.

Memahami hal ini, Colab yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar kecantikan termasuk blogger antarabangsa, Ruth Crilly menampilkan inovasi syampu yang cukup trending dengan variasi haruman cukup mengujakan.

Syampu kering dibawa khas dari United Kingdom ini telah memperoleh anugerah di negara asalnya dan kini boleh didapati di seluruh cawangan Guardian dan pusat beli-belah Sogo.

Didatangkan dalam variasi pek semburan bersaiz 200 mililiter dengan corak menarik bersama haruman berbeza, pengguna pasti teruja kerana mereka tidak perlu mandi untuk mendapatkan bau rambut yang harum.

Syampu kering jenama Colab ini berupaya menyerap minyak serta kotoran berlebihan di permukaan kulit kepala dengan hanya satu semburan sahaja sekali gus membolehkan rambut memiliki tekstur lembut yang cukup sempurna.

Pengguna boleh menggunakan produk penjagaan rambut secara semburan ini tanpa perlu bimbang terhadap kesan tompokan putih kerana setiap semburan mampu menyegarkan rambut dengan kadar yang pantas.

Sebanyak 10 pilihan diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pasaran pelanggan di Malaysia antaranya Original, Fresh, Unicorn, Paradise, Tropical, Fruity, Good Vives, Candy, Active dan Extreme Volume.

Antara pilihan yang menjadi ‘best seller’ adalah Unicorn iaitu kombinasi haruman yang mempesonakan dan mistik. Manakala pilihan Original memberikan getaran ‘cool’ dengan sedikit haruman kesegaran bunga mawar.

Bagi golongan lelaki, syampu kering Colab dengan pilihan Active sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan produk dengan perlindungan penuh terhadap rambut.

Tawaran harga mampu milik adalah serendah RM32.92 sebotol. Namun sempena perayaan Krismas tidak lama lagi, Guardian menawarkan promosi set eksklusif yang terdiri daripada dua botol syampu Colab bersama sebuah buku nota.