Makanan laut, ayam dan daging lazimnya akan dimasak secara barbeku di atas periuk yang sama untuk stimbot. Menerusi cara ini, para pelanggan boleh menentukan sendiri cara masakan yang dikehendaki sama ada masak penuh atau sebaliknya.

Bagi peminat stimbot dan panggang, Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) sememangnya tidak asing buat mereka dan baru-baru ini restoran tersebut telah memperkenalkan tujuh menu baharu di cawangan pusat beli-belah, IOI City Mall, Putrajaya.

Pengurus Pak John IOC City, Zuera Ibraham berkata, dengan pengenalan tujuh menu baharu itu, pelanggan kini boleh menikmati menu tambahan seperti sup ikan, kulit ikan goreng bersalut kari, kulit ikan goreng bersalut telor asin, sotong teriyaki, sotong kari, sotong lada hitam dan sotong madu.

Beliau berkata, pengenalan menu sup ikan itu dicipta khas untuk pelanggan-pelanggan setia sebagai pilihan selain menu popular selama ini iaitu tom yam.

“Semua menu baharu ini bercita rasakan Korea memandangkan negara itu begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sama ada makanan atau pun muzik k-pop.

“Sup ikan ini sangat popular di Korea namun resepinya telah diolah mengikut citarasa tempatan. Selain keenakan rasanya, aroma sup ini harum dan segar kerana kami menggunakan isi ikan siakap,” katanya.

Selain itu, Pak John juga memperkenalkan resepi baharu sempena tahun 2019 ini iaitu kulit ikan yang digoreng bersalut kari dan telor asin. Menu kulit ikan ini istimewa kerana rasanya yang rangup dan menggunakan ikan dory. Zuera memberitahu, menerusi pengenalan menu sup ikan, Pak John kini menawarkan enam jenis perisa sup untuk dinikmati pelanggan setianya.

Jelasnya, sotong pula dipilih sebagai menu baharu memandangkan hidupan laut itu sering menjadi menu kegemaran masyarakat negara ini.

“Jika sebelum ini menu Pak John lebih kepada ayam, ikan dan daging lembu untuk dipanggang, kini penggemar sotong juga boleh menikmati empat perisa menu baharu yang diperkenalkan. Pada masa sama, menu bebola ikan, ketam, siput dan kupang masih menjadi pilihan pelanggan sama ada untuk stimbot atau panggang.

“Malah pelbagai jenis sayur juga sedia untuk dinikmati di samping beberapa menu lain saperti ais krim, wafer dan ais kacang serta menu premium dim sum, kepingan daging lembu, kambing, itik dan abelon,” katanya.

Sementara itu, Pak John yang beroperasi sejak empat tahun lalu menawarkan pakej lebih 150 menu di dua cawangannya sama ada di [email protected] mahupun IOI City Mall Putrajaya.

Menariknya, Pak John masih mengekalkan harga lama antara RM32.90 dan RM42.90 bergantung hari biasa dan hari minggu bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak. Bagi warga emas, harga yang dikenakan adalah RM24.70 pada hari biasa dan RM 32.20 pada hari minggu manakala golongan pelajar dikenakan harga RM 27.90 pada hari biasa serta hari minggu dan cuti umum.

INFO

Pak John Steambot 
& BBQ

Lokasi: [email protected], Damansara, IOI City Mall Putrajaya

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam.