DR. HARLINA HALIZAH
DR. HARLINA HALIZAH 

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dan Koordinator Unit Perancang Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Harlina Halizah Siraj dan Pakar Psikologi Sosial dan juga Naib Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr. Kamal Kenny, baru-baru ini berkongsi pengetahuan mengenai perkara itu menerusi forum bertajuk Sex Sense for Married Millennials – Intimacy, Family & Health.

Kedua-duanya bersetuju bahawa pasangan berkahwin pada zaman kini layak untuk mempunyai hubungan seks yang sihat. Menurut Dr. Kamal, hubungan seks yang bagus, bukanlah hanya fizikal. Justeru, apa itu seks yang sihat?

Katanya, seks yang sihat tidak tertakluk kepada jasad, tetapi merangkumi fikiran dan minda yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, apabila kedua-dua pihak setuju untuk mengadakan hubungan seks, maka

DR. KAMAL KENNY
DR. KAMAL KENNY 

itulah seks yang bagus.

“Kedua-dua pasangan hendaklah menikmati kepuasan seks yang sama dan anda tidak perlu mengubah diri sendiri, hanya untuk puaskan pihak yang lagi satu.

“Seks bukan mekanikal. Frekuensi seks juga bukan ukuran untuk menentukan hubungan perkahwinan yang baik,” tambahnya.

Dr. Harlina pula berkata, tekanan adalah penyebab utama seks tidak dianggap penting di dalam kehidupan seharian.

“Tetapi jangan lupa, seks adalah salah satu cara paling baik untuk menghilangkan tekanan. Luangkan masa bersama, jadikan ia satu keutamaan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya, masyarakat masa kini hidup dalam komuniti yang sangat kurang berkomunikasi. Beliau menasihatkan pasangan supaya berkomunikasi dengan terbuka di dalam perkahwinan kerana ini penting untuk mengetahui apa pendapat pasangan tentang seks dan perhubungan.

“Kita hidup dalam budaya wanita perlu berkhidmat kepada lelaki tanpa batasan dalam kehidupan seharian mahupun hubungan seksual.

“Permintaan seks secara paksaan adalah bayangan bahawa pasangan anda tidak menghormati hak anda. Lelaki memang ada hak dan tanggungjawab sebagai suami dan ayah tetapi jangan lupa, wanita pun ada hak juga. Mereka yang mengandung, bersalin dan membesarkan anak. Hormatilah pasangan anda untuk kesamarataan dalam perkahwinan, termasuk hubungan seksual,” jelasnya.

Selain itu, katanya, hubungan seks dalam perkahwinan hadir bersama tanggungjawab yang besar. Jadi, anda boleh memilih bila untuk mendapat anak.

Tambahnya, kesihatan seksual dan reproduktif tidak tertakluk hanya kepada kehamilan tidak dirancang dan jangkitan penyakit kelamin. Ia lebih daripada itu kerana melibatkan banyak perkara termasuk memastikan kesejahteraan anak dan pasangan.

Nampaknya wanita masih memikul tanggungjawab untuk merancang keluarga. Masih sedikit lelaki yang tampil bertanya tentang kaedah perancangan keluarga kepada doktor berbanding wanita.

“Mereka tidak mendapat maklumat yang sempurna. Contohnya, ramai tidak sedar kaedah ‘buang di luar’ (istilah lain, tembak atas perut) mempunyai 30 peratus kadar kegagalan.

“Penggunaan kondom masih diselubungi stigma. Bila saya berbincang dengan pasangan-pasangan ini, mereka menafikan fakta dan menyatakan ‘kami orang baik-baiklah doktor’. Mereka perlu sedar dan faham bahawa kaedah kawalan kehamilan perlu dibincang secara meluas, sebagaimana kita bercakap tentang suntikan hormon, pil dan implan bagi wanita.

“Walau bagaimanapun, kita dapat lihat hari ini semakin ramai suami tampil menyokong isteri apabila berjumpa doktor ketika pemeriksaan kehamilan. Ini satu keadaan yang memberangsangkan. Idea ‘kami hamil’ adalah satu petanda baik dan sangat penting untuk kesihatan seksual dan reproduktif,” katanya.

Dalam zaman perkongsian maklumat digital tanpa batasan ini, adakah perkahwinan milennium mempunyai amalan seks yang lebih baik daripada generasi lalu?

Kajian di luar negara menyatakan mereka kurang melakukannya, hasil dari pelbagai faktor termasuk gaya hidup moden.

Sebagai usaha untuk ambil tahu amalan hubungan seksual zaman millennium, FRHAM dan Durex Malaysia mengajak semua pasangan berkahwin menjawab Kaji Selidik Kesejahteraan Seks Generasi Alaf Baru Berkahwin di Malaysia.

Anda boleh membantu mereka membongkar ‘misteri’ ini menerusi http://bit.ly malaysian­marriedmillennials/