Namun, negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Cambodia juga terkenal kerana mempunyai padang golf yang cantik dan mampu menggamit pemain golf amatur mahupun profesional untuk beraksi di sana sambil menikmati pengalaman baharu.

Ini terbukti apabila ramai pemain golf amatur negara itu turun beraksi di Indonesia, Thailand mahupun di Vietnam dan Cambodia. Tambahan pula adanya kejohanan-kejohanan amatur yang dianjurkan di sana dengan pakej harga berpatutan anjuran beberapa syarikat atau agensi pelancongan swasta tempatan.

Antara syarikat atau agensi pelancongan swasta yang kerap menganjurkan kejohanan amatur di negara jiran itu ialah Leisure Golf Services (LGS) Golf dengan kerjasama KSB Golf, Santai Golf dan Libur Golf.

LGS mencipta ruang dan peluang kepada pemain golf tempatan yang ingin merasai kelainan beraksi di kelab-kelab golf terkemuka di Indonesia yang setaraf dengan kelab-kelab negara ini, melalui kejohanan yang dikenali Wonderful Golf Series (WGS) dengan pelbagai pakej menarik.

Antara pakej yang diperkenalkan melalui WGS ini ialah Pakej Golf Indonesia, Pakej Golf Thailand dan Pakej Golf Vietnam.

Pakej WGS yang diperkenalkan sejak 2016 ini terus mendapat sambutan daripada pemain golf amatur di negara ini yang ingin merasai kelainan beraksi di luar negara.

Menurut jurucakap LGS, melalui WGS 2018 ini, terdapat 12 pusingan kejohanan dan sekarang tinggal hanya dua pusingan sahaja iaitu pada 7 hingga 10 November 2018 di Jakarta dan 9 hingga 12 Disember 2018 di Karawang.

Semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan layak menyertai grand final yang akan diadakan di Patayya, Thailand pada 16 hingga 19 Januari 2019.

Selain pakej kejohanan WGS, LGS turut menawarkan pakej murah dan menarik kepada mereka yang berminat ‘terbang’ ke Indonesia, Thailand dan Vietnam secara berkumpulan, bersama keluarga mahupun bersendirian.

Katanya, pakej murah dan menarik ini cukup berbeza dengan tawaran daripada syarikat lain di mana harga yang dikenakan amat berpatutan terutamanya kepada mereka ingin bermain golf atau pun berhasrat ‘makan angin’ sambil membeli-belah.

Kepada mereka yang berminat menyertai kejohanan WGS ini, bolehlah menghubungi Dzul (016-2215426), Lazman (019-2745854), Rozam (016 3459933/012-2022201), Angie (012-2836513) dan Nur (016 3444760).