NORWATI ABDUL WAHAB
NORWATI ABDUL WAHAB 

Pengurus taman tersebut, Norwati Abdul Wahab berkata, fenomena air pasang besar setinggi 3.6 meter yang berlaku pada hari ini bermula pukul 11 pagi hingga 1 petang.

“Fenomena air pasang besar itu berlaku setiap hujung tahun dan sudah bermula sejak lima tahun lalu. Pada tahun ini, ia dijangka berlaku selama seminggu dan kemuncaknya adalah pada hari ini dan esok, limpahan air setinggi 3.6 meter.

“Pada kebiasaannya, fenomena limpahan daripada air laut Selat Melaka itu berlangsung dalam masa dua jam dan dalam tempoh itu kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan orang ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, ekoran fenomena berkenaan, Taman Negara Johor Tanjung Piai ditutup selama dua jam setiap hari selama seminggu. - UTUSAN ONLINE