Lapangan Plantation sepanjang 6,454 meter yang direka Max Wexler mula dibuka kepada ramai pada 1992 dengan pembinaannya dilakukan tanpa menjejaskan kawasan semula jadi yang terdapat di sekitarnya.

Di kawasan fairway yang menggunakan rumput jenis zoysia matrella masih terdapat pokok kelapa sawit selain pokok buah termasuk durian, mangga, nangka, rambutan serta kelapa yang menghiasi lubang 4, 6, 7, 14, 15 dan 17. Lapangan ini sememangnya memberikan pengalaman luar biasa kepada pemain.

Lapangan Village, merupakan lapangan sedia ada yang mula dibuka kepada orang ramai pada 1994 dan ia direka oleh Akira Mamiya di atas kawasan kampung di bawah kendalian Ketua Kampung Pasir Putih.

Kawasan itu dahulunya dikenali sebagai Kampung Seri Aman I dan II. Kesan peninggalannya boleh dilihat di lubang 6, 11 dan 12.

Lapangan dengan jarak 6,416 meter itu boleh dikelaskan sebagai cabaran profesional kerana ia merangkumi kawasan berbukit, lembah selain tasik dan beberapa fairway serta green di lapangan itu dibina bersempadanan dengan air.

Bagi yang berminat untuk menikmati pemandangan di Tambak Johor, lapangan Straits adalah pilihan terbaik buat mereka dan ia merupakan sesuatu yang baharu di resort itu.

Lapangan 18 lubang dengan jarak 6,163 meter itu direka oleh Mamiya berada berhampiran dengan kawasan tambak dan ia direka untuk pemain yang mementingkan ketepatan serta strategi permainan dengan sebahagian daripada fairway, green serta tee box berada berhampiran kawasan paya.

Pemain akan berdepan cabaran besar dengan hujung fairway lubang dua akan sedikit dinaiki air manakala ada sungai kecil mengalir di tee box tiga selain tiupan angin kuat dari arah tambak.

Selain lapangan golf, resort itu memiliki penginapan sama ada berkawan atau berkeluarga, dewan yang bersesuaian untuk tujuan perkahwinan, perbincangan serta seminar dengan tawaran lima dewan tertutup dan dua kawasan terbuka.

Tanjong Puteri Golf Resort itu bukan sahaja menawarkan lokasi untuk bermain golf sahaja tetapi memiliki pelbagai kemudahan lain buat para pengunjung termasuk restoran He Yuan yang menawarkan makanan cina dengan cita rasa tempatan serta antarabangsa sesuai untuk hidangan tengah hari dan malam.

Selain restoran, ia turut menawarkan perkhidmatan spa di Spa Khatuliswa dengan pakej rawatan bermula serendah RM78 bagi mereka yang mahu merehatkan badan selepas penat bersukan.

Tanjong Puteri Golf Resort

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor

TELEFON: 07-2711888 Fak: 07-2711763

Lapangan: Village Course, Kampung Course, Plantation Course

ReStoran:

n Golfer Cafe

n He Yuan

n After 18

n De Deli Corner

Kemudahan penginapan:

n Clubhouse Room: bermula RM248

n Villa: bermula RM593.60

n Bungalow: bermula RM477

Dewan:

n Eagle Ballroom

n Birdie Room

n Par Room

n Albatross Room

n Tanjong Room

Kemudahan Rekreasi:

n Kolam renang

n Gimnasium

n Sauna

n Khatulistiwa Spa

n Gelanggang tenis

n Skuasy

n Gelanggang futsal

n Sukan berkuda

n Ping Pong

n Kem bina semangat

n Padang bola sepak