Ia memerlukan tahap stamina dan kesihatan yang baik. Dari segi persiapan, pakaian perlu diambil kira kerana cuaca tidak menentu. Tidak dilupakan adalah baju hujan dan baju sejuk. Manakala kasut yang sesuai untuk kasut sukan outdoor.

Lampu picit atau lampu kepala juga perlu untuk pergerakan pada waktu malam dan amat sesuai untuk fotografi Galaxy. Peralatan perubatan seperti ubat nyamuk, minyak urut harus dibekalkan untuk kegunaan sekiranya ada gigitan serangga di hutan.

Manakala jam outdoor yang boleh mengukur ketinggian sesuatu tempat dan kecuraman serta arah kompas bagi mengetahui kedudukan dan interaksi dengan dunia luar.

Kamera perlu berkeadaan baik, pengecas bateri serta lensa yang amat sesuai bagi merakamkan aksi-aksi lasak kereta. Tripod juga diperlukan bagi merakamkan keadaan pemandangan pada waktu malam.

Aspek keselamatan turut dititiberatkan dalam tugasan ini, kerana kita tidak menjangka subjek berada berhampiran kita.

Kelajuan shutter perlu bagi frezze momen subjek.

Penentuan sudut rakaman setiap jurufoto memerlukan kesegaran berkarya agar editor dan pembaca dapat menghayati keadaan seperti berada di acara tersebut.

Foto jurnalis Kumpulan Utusan Melayu, Irwan Majid berpeluang untuk merakamkan setiap detik aksi kereta pacuan empat roda dalam Cabaran Borneo Safari 2018 yang berlangsung pada 28 Oktober sehingga 4 November 2018 di Sabah.