KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Yamaha) memperkenalkan dua warna baharu bagi model X-Max.
Dalam satu kenyataannya, Yamaha menjelaskan, warna-warna tersebut ialah Matt Blue (biru) dan Matt Red (merah).
Menurutnya, ia sudah berada dalam pasaran sejak pertengahan bulan ini.
Pengenalan warna baharu tersebut tidak melibatkan harga yang mana X-Max kekal pada RM21,225 (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans).- UTUSAN ONLINE