Menerusi aplikasi itu, selepas membuat bayaran, motosikal yang ditempah akan dihantar sehingga di depan pintu rumah pembeli.


Video Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

Kemudahan istimewa pada hujung jari tersebut disediakan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) menerusi aplikasi Yamaha Motor Malaysia.

Ia boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store ke dalam pelbagai gajet termasuk telefon bimbit, tablet serta komputer riba.

Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, kemunculan sistem komunikasi berteknologi tinggi menyebabkan pihaknya perlu mengikut peredaran semasa iaitu mening­katkan kaedah interaksi secara lebih canggih dengan para pe­langgannya.

“Kami akan membawa segala yang ada ini bersama-sama inisiatif digital untuk maju ke hadapan.

“Pada masa sama, kami akan meningkatkan tahap perkhid­matan agar lebih berkesan supaya para pelanggan kami terus menikmati pengalaman istimewa dengan HLYM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran aplikasi Yamaha Motor Malaysia dan laman web baharu HLYM, Hong Leong Yamaha Motor di sini, malam tadi.