KLIMS 2018 menjadi platform kepada syarikat automotif seperti Proton, Perodua, Toyota, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Kumpulan Automotif Naza, Infiniti, Isuzu, Nissan dan Mitsubishi untuk mempamerkan pelbagai model terbaharu, tawaran menarik serta iklan acah model tahun depan.

Tumpuan KLIMS pastinya terarah kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 yang dipertontonkan kepada umum buat pertama kali. Selain itu, Perodua turut mempamerkan kereta konsep berteknologi tinggi, X-Concept dan Myvi GT.

Kumpulan Automotif Naza mempamerkan barisan jenama antarabangsa seperti Peugeot, DS, Citroen dan Kia. Antara model yang terlibat termasuk DS7 Crossback serba baharu, Citroën C3 Aircross baharu, Peugeot 308 GTi, Kia Sportage GT-Line baharu dan Picanto GT-Line baharu.