Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Harald Hoelzl berkata, pengeluar kereta premium itu dijangka mencapai paras untuk menyerahkan sebanyak 140,000 buah kende­raan elektrik pada 2018.

“Pada tahun lepas sahaja, BMW menyerahkan 100,000 kenderaan elektrik,” katanya dalam pembentangan selepas memperkenalkan BMW i8 Roadster pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, dengan harga RM1.51 juta, di sini baru-baru ini.

Beliau juga berkata, setakat ini pada tahun ini, BMW Group Malaysia telah menyerahkan lebih 9,500 buah kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad, me­ningkat lebih 20 peratus berban­ding tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah penyerahan, sebanyak 56 peratus terdiri daripada kenderaan BMW dan MINI elektrik, menunjukkan sentimen yang berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melaksanakan Visionary Mobility dalam keper­luan automotif mereka. – BERNAMA