Beroperasi sejak 2015 , calet yang pada awalnya hanya mempunyai 17 bilik kini semakin berkembang sehingga mempunyai 48 unit yang menawarkan pelbagai jenis bilik berkonsep inap desa.

Terletak di hadapan laut lepas Pantai Puteri mengadap Selat Me­laka, pengunjung boleh menikmati alam semula jadi yang tenang.

Mengekalkan ciri-ciri kampung di mana pengunjung akan merasakan seolah-olah mereka sedang bercuti di satu kawasan perkampungan yang lengkap dengan kemudahan seperti ruang solat, dewan, tempat makan dan beristirehat.

Malah, mereka yang ingin bersantai bersama keluarga turut berpeluang berhibur di sebuah bilik karaoke yang selesa dan memuatkan 20 orang pada satu-satu masa.

Pengurus calet berkenaan, Norhisham Waled berkata, calet itu menyediakan 11 jenis bilik untuk didiami pengunjung dan kini dalam perancangan untuk memperbesarkan kawasan calet dengan membuat penambahan bilik berkonsepkan santai ke­luarga.

"Sejak dua tahun berkhidmat di calet ini, kami menerima kira-kira 1,000 pengunjung termasuk mereka yang mengadakan hari keluarga.

"Bagi kami keselesaan pengunjung adalah keutamaan," katanya ketika ditemui di calet itu di sini .

Antara jenis bilik yang disediakan di calet ini adalah VIP Homestay; Calet 2 bilik; Calet Studio; Rumah Kayu Beranda; Rumah Kayu Loteng; Calet Kayu; Calet Kabin, Calet Keluarga; Unit Studio tingkat bawah (satu bilik air) dan Unit Studio tingkat (dua bilik, dua bilik air).

Harga yang ditawarkan untuk semua jenis bilik itu pula amat berpatutan dan sememangnya sesuai dikunjungi iaitu bermula dengan harga RM120 hingga RM650 semalam.

Norhisham berkata, pihaknya sedang membina sebuah calet besar berkonsepkan kapal yang mampu memuatkan 100 orang pengunjung dalam 20 buah bilik yang dijangka akan bero-perasi awal tahun depan.

"Calet besar ini membo-lehkan lebih ramai pengunjung datang dan apa yang istimewa-nya adalah di dalamnya terdapat dewan khas untuk majlis tertutup, kolam renang khas, tempat makan, gimnasium dan ruang karaoke.

"Calet ini berkonsepkan santai keluarga di mana satu keluarga besar boleh mengadakan perhimpunan dengan anggaran seramai 100 orang ahli boleh menginap di ‘kapal' ini dalam satu-satu masa," katanya sambil memberitahu aktiviti sukaneka dan barbeku boleh diadakan di kawasan pantai atau berse­belahan bilik.

Bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barangan keperluan, calet ini turut menyediakan kiosk jualan barangan runcit yang dibuka sehingga pukul 1 pagi manakala kafe juga beroperasi mulai pukul 7 pagi hingga 6 petang.

"Jualan kiosk makanan barat juga dibuka mulai pukul 6 petang hingga 11 malam dan kita pasti mereka yang menginap di sini boleh mencuba pelbagai jenis menu yang disediakan," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan Calet Puteri Qashrina boleh menghubungi talian 06-3510627 atau 017-3061116 atau melayari laman sosial Facebook Puteri Qashrina Chalet Melaka.