Dengan hanya dua jam pemanduan dari Plaza Tol Gombak (arah timur), BGRC menyediakan segala aktiviti bagi setiap peringkat umur.

Bagi mereka yang menggemari percutian bertemakan air, taman tema air BGRC mempunyai kolam ombak yang mampu menghasilkan lapan jenis ombak yang berbeza. Selain itu, terdapat beberapa permainan gelongsor air buat pengunjung dewasa. Bagi kanak-kanak pula, terdapat kawasan permainan air khusus buat mereka, dikenali sebagai Pulau Penguin.

PENGUNJUNG juga berpeluang menjalankan aktiviti menunggang kenderaan pelbagai permukaan (ATV).
PENGUNJUNG juga berpeluang menjalankan aktiviti menunggang kenderaan pelbagai permukaan (ATV). 

Taman tema air ini juga menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai. Ini memudahkan segala transaksi seperti penyewaan pelampung serta kabana dan pembelian makanan dengan harga yang berpatutan.

BGRC juga mempunyai taman safari terbesar di Malaysia dengan keluasan 55 hektar. Ini merangkumi dua zon berbeza iaitu zon pejalan kaki serta zon savanah. Zon pejalan kaki mempunyai kemudahan bagi pengunjung kurang upaya (pengguna kerusi roda) serta kereta sorong bayi untuk memudahkan pergerakan ke seluruh zon pejalan kaki.

TAMAN tema air BGRC satu-satunya kolam ombak yang mampu menghasilkan lapan jenis ombak yang berbeza.
TAMAN tema air BGRC satu-satunya kolam ombak yang mampu menghasilkan lapan jenis ombak yang berbeza. 

Dalam pada itu, pengalaman unik menanti pengunjung di zon savanah kerana mereka akan dibawa menggunakan bas khas (tram) mengelilingi zon savanah. Di sini, haiwan peliharaan bergerak bebas di luar manakala pengunjung menikmati pemandangan dari dalam tram yang dibina khas penuh dengan ciri-ciri keselamatan. Pengunjung dapat melihat haiwan pemangsa seperti singa, cheetah dan dubuk.

Terdapat lebih 2,000 haiwan daripada 300 spesies di sini. Ini memberikan peluang bagi pengunjung untuk memerhatikan gelagat pelbagai jenis haiwan pada jarak yang sangat dekat.

 

Di samping itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan lima pertunjukan aksi dan haiwan yang menarik setiap hari. Untuk menggamit kembali pengunjung yang pernah ke sini sebelum ini, terdapat dua pertunjukan baharu iaitu persembahan aksi Indiana dan pertunjukan permainan api. Kelibat haiwan pemangsa beraksi tanpa bantuan manusia juga merupakan salah satu pertunjukan yang sangat menarik. Terdapat aksi harimau berenang dan memanjat tiang serta singa putih bergerak bebas mencari makanan.

Taman safari ini juga mengutamakan program pembiakan haiwan dengan bantuan Jabatan Perhilitan. Buat masa sekarang, pengunjung dapat melihat anak singa putih bernama Luna yang berusia tujuh bulan serta anak dubuk dan nyala yang baru sahaja beberapa minggu dilahirkan di sini.

PENGALAMAN unik menanti pengunjung di zon savanah kerana mereka dibawa menggunakan bas khas (tram).
PENGALAMAN unik menanti pengunjung di zon savanah kerana mereka dibawa menggunakan bas khas. 

Bagi memudahkan pergerakan pengunjung yang menginap di sini, terdapat sistem pengangkutan dari hotel ke taman tema dengan percuma. Tiada lagi keperluan memandu sepanjang penginapan anda di sini.

Jadi, sekiranya anda masih mencari destinasi percutian bagi keluarga anda, Bukit Gambang Resort City merupakan destinasi yang mungkin anda cari. Pakej percutian yang menarik juga ada disediakan oleh pihak BGRC. Layari www.bgrc.com.my atau anda juga boleh menelefon 09-548 8000 untuk maklumat lanjut.