Camwood dibangunkan di salah satu kawasan strategik di Taman Pelangi Indah.

Merupakan sebuah lokasi perbandaran di Ulu Tiram, Johor Bahru, Taman Pelangi Indah dibina sejak 1997 yang dipacu oleh peningkatan permintaan kediaman di kawasan pembangunan koridor Kota Tinggi.

Selepas lebih 20 tahun, lokasi berkeluasan 380 hektar itu mendapat permintaan tinggi dari segi pembangunan komersial dan perumahan.

Reka bentuk rumah moden dengan pulangan pelaburan yang tinggi ini menarik perhatian penduduk untuk menetap di perbandaran baharu tersebut.

Kediaman yang ditawarkan bukan sekadar rumah biasa tetapi mementingkan gaya hidup keselesaan. Diserikan dengan ketenangan alam semula jadi dan dilengkapi dengan kemudahan moden, Camwood menawarkan gaya hidup ideal kepada mereka yang menghargai ketenangan hidup.

Camwood memberikan anda gaya hidup mewah yang menyegarkan semangat serta melegakan minda dan jiwa. Di kawasan perumahan ini, anda juga dapat menikmati pemandangan indah dengan deretan rumah teratur disulami landskap yang menarik.

Kedudukan yang strategik menjadikan kawasan perumahan Camwood turut menerima tempias kemewahan dan kemudahan infrastruktur.

Menurut Pengurus Besar SP Setia Berhad, Saniman Amat Yusof, perumahan berhampiran lokasi perniagaan dan kawasan rekreasi di Johor Bahru seperti Pandan, Tebrau, Ulu Tiram dan Plentong itu memberi banyak kelebihan kepada penduduk, selain turut menikmati pelbagai pembangunan dan akses lebuh raya.

“Pembeli akan tetap yakin dengan projek SP Setia walau di mana jua lokasi pembangunan perumahan dilakukan, memandangkan kami terus berusaha menghubungkan masyarakat dengan ciri-ciri ekologi dan suasana kehidupan mapan yang akan memakmurkan kehidupan.

“Membina komuniti dalam persekitaran tenang seperti resort merupakan konsep pembangunan yang ditawarkan. Menerusi perbandaran yang matang, penduduk dapat menikmati kemudahan di kawasan tumpuan perniagaan dan rekreasi ini,” katanya pada majlis pembukaan galeri baharu jualan Taman Pelangi Indah baru-baru ini.

Bertemakan ‘Beyond Wonderland’, galeri jualan baharu itu dihadiri lebih daripada 1,500 pengunjung yang ingin menyaksikan projek perumahan SP Setia iaitu Camwood dan kedai pejabat Capitol Square.

“Kami gembira menerima kehadiran pengunjung yang ramai hari ini. Banyak pertanyaan diterima daripada pihak yang berminat untuk memiliki hartanah di Taman Pelangi Indah.

“Kepada pembeli yang tidak sempat ke acara ini, jangan lepaskan peluang berkunjung ke galeri jualan dan bertanya tentang perkembangan projek SP Setia akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Taman Pelangi Indah menjadi pilihan popular di koridor Kota Tinggi. Ia menawarkan peluang tanpa had dari segi ketersediaan pekerjaan, pendidikan, perkhidmatan, perubatan, membeli-belah dan taman rekreasi.

Perkhidmatan bas dan teksi menjalankan operasi mereka di sepanjang koridor, menjadikan pengangkutan awam sebagai alternatif yang popular.

Industri runcit gergasi seperti pasar raya besar Tesco dan Aeon BiG turut berada berhampiran Taman Pelangi Indah. Begitu juga pasar basah Smart dan Pandan yang secara tradisinya menjadi pilihan popular bagi penduduk tempatan.

Penduduk juga mudah mendapatkan akses kemudahan rawatan perubatan di Hospital Pakar Daerah dan Hospital Sultan Ismail.

Pembinaan sekolah dan kolej turut dibangunkan dalam kawasan tersebut. Kolej Sunway yang memulakan operasinya pada 2006 merupakan pilihan utama pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

Di kawasan perbandaran itu turut dilengkapi dua buah tasik yang berperanan sebagai oasis hijau dan titik pertemuan untuk ramai penduduk.