Penganjuran program oleh Five Star Event Sdn. Bhd. (FSE) yang bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 malam itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Menurut jurucakap FSE, program tersebut juga secara tidak langsung memberi peluang kepada peniaga khususnya golongan muda untuk menjana pendapatan menerusi tapak-tapak gerai yang disediakan.

“Festival ini juga bertujuan menarik minat belia dan anak muda untuk menghayati nilai kemerdekaan bertemakan Sayangi Malaysiaku serta memperkenalkan Bazaar Five Star kepada orang ramai.

“Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang festival ini antaranya konvoi kereta dan motosikal berkuasa tinggi, zumba, beca berhias, pertunjukan bunga api, pertandingan karaoke, persembahan dikir barat serta pelbagai lagi acara menarik,” jelas kenyataan itu di sini. - UTUSAN ONLINE