Untuk kali ini lensa rencam akan memberikan beberapa tips merakam pelbagai teknik fotografi seni bina. Untuk permulaan fotografi seni bina, kita boleh bermula di rumah sendiri atau persekitaran kampung, pekan atau bandar. Ada sesetengah kawasan yang dahulunya kampung kini sudah menjadi bandar besar sebagai contoh Putrajaya yang satu ketika dahulu adalah kawasan ladang getah tetapi kini telah menjadi pusat pentadbiran negara. Beruntunglah sesiapa yang ada mengambil gambar pada waktu itu.

Sebelum membidik kamera cuba lihat dahulu sudut-sudut menarik pada bangunan. yang menjadi subjek. Boleh perhatikan apa yang terdapat di sekeliling bangunan. Disyor ambil gambar pada sudut yang luas sebagai simpanan peribadi. Mungkin dalam tempoh 10 tahun akan ada perubahan di sekelilingnya.

Facebook:

www.facebook.com/

lensarencam

Perhatikan reka bentuk, pastikan langit berada dalam keadaan biru kerana dengan latar yang sebegini gambar yang di rakam lebih nampak hidup. Elakkan mengambil gambar ketika langit berawan kerana akan menjadikan gambar itu mati dan kurang menarik.

Gunakan iso rendah dan dedahan cahaya kecil. Ini bertujuan untuk menampakkan lebih jelas reka bentuk bangunan tersebut. Amati setiap sudut bangunan kerana dari situ kita boleh berkarya dengan setiap reka bentuk bangunan dengan susunan bahan-bahan binaan pada dinding dan lantai atau bumbungnya.

Bagi merakam sudut-sudut menarik digalakkan menggunakan cahaya yang ada di sekitarnya. Ini bagi membangkitkan mood dan suasana sudut gambar yang dirakam lebih menarik dalam keadaan semula jadi. Hayati dan amati setiap inci sudut-sudut menarik, jangan tergesa-gesa terutama apabila mengambil gambar bangunan bersejarah. Ini kerana ada sudut yang perlu diambil lebih terperinci, sebagai bahan yang berguna di masa akan datang.

Setiap gambar yang di rakam mestilah mengikut komposisi. Tujuannya untuk bagi memastikan setiap sudut yang ambil tidak tertinggal, terutama ketika membuat pengembaraan di lokasi bersejarah. Gunakan pelbagai teknik asas fotografi, begitu juga mengambil gambar bangunan pada waktu malam. Kita tidak akan dapat mengambil terperinci bentuk bangunannya tetapi rupa bentuk masih boleh di jadikan subjeknya. Mengambil gambar seni bina tidaklah sukar asalkan kita kreatif dalam mencari sudut-sudut menarik terutama untuk menampilkan reka bentuk yang dihasilkan oleh arkitek.

Sesungguhnya merakam gambar seni bina memang mengujakan. Juga boleh menjadi satu kepuasan sekiranya hasil bidikan kamera kita cantik dan berkualiti. Melalui reka bentuk karya arkitek ini kita boleh berkarya khususnya bangunan-bangunan klasik. Banyak yang boleh dipelajari daripada reka bentuk ini yang mana ada melangkaui zaman mereka pada masa itu. Meneroka foto seni bina seperti bermain dengan garis-garis lurus, bengkok dan bersegi tidak pernah mengecewakan kerana setiap sudut itu ada keistimewaannya.