Wanita dan menopaus dua perkara yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita yang sudah mencapai usia emas ataupun lewat 50-an malahan ada pada awal 50-an akan mengalami situasi ini. Simptom seperti haid tidak lagi teratur hingga ada yang tidak mengalami kedatangan haid sehingga dua bulan dan selepas itu baru kembali, adalah antara simptom dan tanda-tanda seorang wanita itu akan menopaus.

Namun begitu, kerunsingan dan kerisauan yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kemurungan dan kecelaruan fikiran. Hal ini sebenarnya akan menyumbangkan lagi kepada kecepatan proses menopaus. Oleh itu, wanita perlu tenangkan diri dan anggap ini adalah perkara biasa terjadi kepada setiap wanita normal.

Perbincangan dua hala serta sokongan daripada pasangan adalah sangat penting. Pada situasi ini pasangan tidak boleh membawa haluan sendiri kerana isteri perlukan pemahaman daripada suami. Kata-kata sokongan dibantu dengan perbuatan membuatkan isteri terasa diri mereka dihargai .

Antara simptom utama ialah vagina dan kulit di sekitarnya terasa kering dan tidak lagi lembap seperti dahulu. Keinginan untuk bersama pada peringkat awal juga mungkin akan berkurang kerana tidak berasa selesa dengan perubahan vagina. Terjadinya keadaan sebegini disebabkan oleh hormon estrogen wanita menopaus sudah menurun.

Justeru, jangan terus mengelak untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan. Sebaliknya, boleh diteruskan seperti biasa dengan bantuan dan sokongan pelbagai gel serta krim yang disyorkan. Sebenarnya dengan cara terus merangsang aliran darah di sekitar vagina, tubuh anda tetap sihat walaupun sudah menopaus.

Banyak perubahan yang terjadi selama menopaus dan tidak hanya tertakluk pada perubahan fizikal. Ia juga tertakluk pada mental. Menopaus boleh mengubah cara pandangan wanita mengenai tubuh dan kehidupan seksual mereka serta harga dirinya. Bagi mengatasinya cubalah alihkan kepada minat seperti bermain piano ataupun apa sahaja kegemaran anda yang boleh meningkatkan kepercayaan diri anda .

Tanggapan mengatakan mereka yang sudah menopaus tidak mencapai tahap orgasma yang memuaskan merupakan satu tanggapan yang tidak tepat. Anda boleh sahaja mencapai tahap orgasma namun perlu sedikit usaha yang lebih walaupun keadaan diri sudah jauh beza ketika usia 20 tahun berbanding hubungan intim pada usia 50 tahun.

Salah satu masalah kehidupan seks terbesar setelah menopaus adalah menurunnya kadar estrogen yang menyebabkan berlakunya penipisan dinding vagina. Penipisan dinding vagina ditambah pula dengan berkurangnya darah lubrikasi boleh menyebabkan kesakitan ketika hubungan intim. Jika anda mengalami hal tersebut maka sebaiknya berjumpa dan meminta nasihat daripada doktor.

Rawatan

Pemeriksaan darah setiap tahun penting khususnya untuk pemeriksaan hormon. Rawatan yang dicadangkan ialah rawatan hormon melalui anti penuaan. Rawatan melalui pengambilan darah dapat membantu mengenal pasti organ dalaman yang mengalami penuaan lebih daripada usia sebenar. Melalui keputusan darah itu pemulihan dilakukan dengan rawatan bioidentikal hormon. Ini membantu mengatasi gejala kekurangan nafsu atau low libido dan wanita yang menopaus boleh menikmati seks seperti malam pertama mereka.

Selain itu, rawatan ini juga dapat membantu wanita menopaus yang mengalami kurang cengkaman pada otot vagina. Rawatan hormon ini bukan sahaja membantu menaikkan ‘rasa’ tadi tetapi membantu menganjalkan kulit dan memperbaiki bentuk badan terutamanya pinggang pinggul dan payudara. Malah boleh membantu emosi wanita menopaus menjadi stabil dan lebih tenang.

Setiap wanita pasti melalui proses penuaan tetapi bukanlah terlambat untuk merawat diri demi kebahagiaan bersama. Jadi, tiada alasan wanita yang telah menopaus tidak dapat lagi mengecapi kebahagaiaan rumahtangga.

Jumpalah doktor yang bertauliah terutamanya yang pentingkan rawatan antipenuaan ini.