Syarikat pengeluar e-rokok jenama Nanostix misalnya berjaya menembusi pasaran antarabangsa setelah melalui beberapa syarat ketat di negara-negara tersebut dan produk itu sendiri telah menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) lebih daripada setahun sebelum memasuki pasaran.

Nanostix sebelum ini telah mendapat kelulusan daripada agensi Public Health of England bagi membolehkannya dipasarkan di Eropah dan juga sedang mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Menurut jurucakap Nanostix, syarikat itu menyasarkan untuk membantu para perokok beralih kepada alat gantian yang kurang memudaratkan berbanding menghisap rokok.

Jurucakap itu mendakwa produk keluaran syarikat itu telah mencapai sasaran 50,000 perokok yang beralih mengunakan Nanostix.

Menurutnya, industri rokok tidak banyak berubah kerana ia tetap menjadi penyebab utama pelbagai jenis penyakit kepada perokok kerana kandungan ki¬mia beracunnya.

“Sebenarnya perokok memerlukan nikotin sahaja kerana faktor ketagihan tetapi mereka terpaksa juga menghisap asap yang mempunyai pelbagai bahan beracun lain seperti tar, sianida, amonia dan sebagainya.

“Maka, wujud¬nya industri vape dan e-rokok yang turut me¬ngandungi nikotin tetapi tidak mengan¬dungi bahan-bahan beracun seperti tar,” katanya.

Beliau berkata, e-rokok bo¬leh menjadi al¬ternatif kepada perokok yang memerlukan nikotin dan pengeluar-pengeluar rokok terbesar dunia kini sedang menuju ke arah ini kerana mereka faham rokok memberi impak kesihatan sangat besar kepada perokok. - UTUSAN ONLINE