Statistik ini menunjukkan komitmen Kementerian Kesihatan memerangi produk kosmetik tidak berdaftar dan beracun memandangkan ia kini menjadi ancaman yang besar buat kesihatan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa membeli produk kosmetik dan tidak mudah terpedaya dengan iklan yang ditayangkan.

“Orang ramai termasuk pihak media digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk kosmetik yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan tentang penjualan produk kosmetik beracun yang masih berleluasa.

Beliau menegaskan, semua produk kosmetik perlu berdaftar dengan Kemenetrian Kesihatan dan sekiranya produk itu dikesan mempunyai bahan terlarang, status pendaftarannya akan terbatal. - UTUSAN ONLINE