Berdasarkan laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sejak pagi hingga petang ini bacaan IPU di seluruh kawasan di sini mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 51 hingga 100.

Bermula semalam, bacaan IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMS akan mengambil kira kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan dapat mempertingkatkan lagi usaha negara ke arah kelestarian alam sekitar.

Berpandukan laman sesawang tersebut, IPU antara kosong dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). -UTUSAN ONLINE