Menurut bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, beliau berada di IJN sejak kelmarin bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya tidak sakit sebaliknya cuma menjalani pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah dan lain-lain.

"Insya-Allah saya akan keluar dalam dua atau tiga hari lagi kerana masih belum selesai melakukan beberapa ujian lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat kesihatannya dan meminta mereka jangan bimbang dengan keadaan beliau.

Sementara itu, beberapa gambar yang tular dalam laman sosial menunjukkan Mohd. Isa dalam keadaan stabil dan turut meraikan hari jadinya ke-69 pada hari ini bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid di wad IJN. - UTUSAN ONLINE