Difahamkan sebanyak 16 pe­latih berada dalam keadaan kritikal dan dihantar ke beberapa hospital sekitar Selangor terma­suk Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk diberi rawatan.

Sumber berkata, ketika kejadian kesemua pelatih sedang melakukan latihan yang memerlukan mereka berada di dalam sebuah bas.

“Akibat kepanasan, sebanyak 12 daripada 16 pelatih yang kritikal te­lah mengalami sawan dan pengsan.

“16 pelatih ditempatkan di zon merah (kritikal), seorang di zon kuning (sederhana) dan 44 di zon hijau (ringan),” katanya.

Menurut sumber lagi, daripada 16 pelatih terbabit, tiga kes dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, tiga kes ke HKL, dua kes ke Hospital Selayang, dua kes ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman, enam kes masih di Pulapol untuk dirujuk ke hospital.

“Enam kes sedang diuruskan oleh pasukan perubatan kecemasan daerah, satu kes kuning dan sebanyak 44 kes di zon hijau.

“Kesemua di zon hijau telah di tempatkan dalam bangunan berhawa dingin sebagai langkah berjaga-jaga,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai perkara tersebut.