Tarikh itu ditetapkan selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijah 1437H adalah pada 3 September (Sabtu).

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan kira-kira 2 juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah dari Malaysia di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari sini. - BERNAMA