Ia berlaku pada tahun ketiga hijrah, lokasi pertempuran adalah di Bukit Uhud yang terletak antara Laut Madinah di timur, Masjid Nabawi di selatan dan Gua Tsur di utara.

Tentera Muslimin hanya 700 orang dibandingkan dengan 3,000 tentera Musyrikin yang turut disokong oleh pasukan wanita pimpinan Hindun binti ‘Utbah isteri kepada Abu Sufyan.

Sebaik sahaja tiba di Uhud, Rasulullah SAW mengambil posisi membelakangi Bukit Uhud menghadap ke arah kaum musyrikin. Baginda menempatkan 50 anggota pasukan memanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Jubair Al-Anshari untuk melindungi pasukan daripada kepungan musuh.

Baginda berpesan agar menghujani pasukan Musyrikin dengan panah kerana pasukan berkuda tidak akan boleh melepasi pasukan memanah dan mereka tidak sekali-kali dibenarkan meninggalkan posisi mereka.

Apabila pertempuran berlaku, tentera Musyrikin berundur kerana tidak mampu menahan serangan, sekali gus meninggalkan harta dan barangan mereka. Melihat keadaan itu, pasukan pemanah yang tergoda dengan harta rampasan perang itu meninggalkan posisi mereka di puncak bukit kecuali Abdullah bin Jubair dan 10 tentera memanah.

Melihat pasukan memanah tentera Muslimin meninggalkan posisi mereka, Khalid al-Walid yang memimpin tentera Musyrikin ketika itu kembali menyerang pasukan Muslimin dari belakang.

Akibatnya tentera Muslimin menjadi kucar-kacir. Rasulullah SAW tercedera akibat dikepung dan diserang oleh musuh sebelum dibantu oleh pasukan bantuan.

Perang Uhud menyaksikan tentera Muslimin tewas dengan 70 orang gugur syahid. Antaranya, bapa saudara Rasulullah, Hamzah. Jasad beliau dilapah oleh Hindun bin Utbah, hati dan jantungnya diambil oleh Hindun.

Para syuhada yang gugur dimakamkan di sekitar Bukit Uhud.

Sekitar 46 tahun kemudian, semasa zaman Khalifah Marwan bin Hakam, terjadi banjir besar sehingga makam Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin rosak, sekali gus menampakkan jasad kedua-dua sahabat itu yang masih segar, seperti baru saja meninggal. Jasad mereka dipindahkan ke tempat lain tapi masih dalam kawasan sama.

Kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Hamzah mendorong Baginda melakukan ziarah ke Bukit Uhud hampir setiap tahun.

Kerana peristiwa bersejarah ini, lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan ziarah umat Islam. Begitu juga dengan jemaah umrah dan haji Juara Travel & Tours, mereka akan dipastikan dibawa menziarahi Bukit Uhud dan makam para syuhada ini.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan oleh Juara Travel & Tours boleh hubungi talian 03-92267105 atau laman web www.juaratravel.com.my serta laman Facebook Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.