Apakah ia perlu dilaksanakan secara adil dan amanah?

dilaporkan pengurusannya agar terus dipercayai?

sukarelawan perlu mempunyai pengetahuan agama yang dibuktikan dengan sijil tidak kepada laporan semata-mata sebagai pra syarat?

JAWAPAN:

Islam menggalakkan kita untuk saling membantu. Ia mestilah dilakukan dalam perkara yang baik dan tidak bertentangan dengan syariah. Firman Allah mafhum-Nya yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu di atas jalan kebaikan dan ketakwaan.

Justeru, kerja sukarela adalah antara amalan yang baik dalam merealisasikan ayat ini. Kerja sukarela tidak menetapkan apa-apa bayaran sebagai balasan, sebaliknya hanya semata-mata mengharap ganjaran pahala sahaja.

Contohnya membantu mangsa banjir, mangsa kebakaran, membersihkan rumah orang tua dan kurang upaya, mengajar anak yatim dan sebagainya.

Jika terdapat di sana peruntukan kewangan, maka tidak mengapa juga untuk mengambil sedikit upah penat lelah. Namun contoh-contoh yang disebutkan tadi adalah contoh insan yang wajar dibantu secara sukarela.

Kerja sukarela sewajarnya dilakukan dengan adil dan juga amanah. Memanglah ia sekadar kerja sukarela sahaja. Tiada siapa yang akan memantau. Tiada arahan ketua yang perlu dipatuhi. Ia sekadar suka dan rela. Namun antara prinsip Islam ialah adil dan juga amanah. Maka prinsip ini sewajarnya dipelihara dengan sebaiknya.

Untuk pengurusan yang baik, sesuatu itu sewajarnya dilaporkan. Ia bagi tujuan rekod dan penghargaan. Contohnya kita membuat kerja sukarela membersihkan rumah orang kurang upaya, maka sebelum melakukan kerja itu, kita meminta izin dan memberitahu pihak pengurusan rumah tersebut. Selepas selesai kerja, maka kita juga memaklumkan bahawa kita sudah selesai sekadar yang mampu kita tolong pada hari tersebut.