Terbaharu, Khaled Abu Said, 14, menjadi mangsa korban akibat serangan udara dilancarkan di sempadan Gaza yang menyasarkan orang ramai di kawasan tersebut.

Bagi memperingati tragedi itu, sebatang pelepah pokok diletakkan atas kerusi tempat duduk di bilik darjah sekolahnya di Deir el-Balah, Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jenazah Khaled bersama tiga remaja mangsa korban dikebumikan di Dier al-Balah. - AFP