HARAMNYA duit bukan berdasarkan zat duit tetapi berdasarkan sifat bagaimana duit itu sampai kepada seseorang. Contohnya, Abu merupakan seorang peniaga kedai runcit dan ada dalam kalangan pelanggan membeli barang di kedainya menerusi wang hasil judi, hasil wang curi atau hasil loteri.

Maka duit hasil jual beli adalah halal bagi Abu walaupun duit itu dibayar oleh seseorang yang menang loteri dan judi. Ini kerana duit itu sampai kepada Abu dengan sifatnya sebagai bahan bayaran bagi aktiviti jual beli.

Begitulah juga duit pemberian si suami kepada isterinya. Duit pemberian itu adalah halal bagi isterinya. Adapun perbuatan jahat si suami, maka berdosa bagi si suami.