Kem latihan yang dikendalikan oleh pasukan ketenteraan Palestin, Pergerakan Hamas itu diadakan selama seminggu bagi memberi pendedahan kepada golongan belia di negara itu mengenai teknik ketenteraan dan pertempuran.

Antara pendedahan yang diberikan termasuk kemahiran senjata api dan latihan fizikal. Sehingga kini kira-kira seramai 17,000 remaja Palestin telah menyertai kem tersebut. – AFP

Memperingati mangsa IS

SEKUMPULAN kanak-kanak menyalakan lilin bersama poster Left Muath al-Kaseasbeh sempena memperingati kematian juruterbang tentera udara Jordan itu yang dibakar hidup-hidup oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.

Kejadian itu telah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia terhadap kumpulan pelampau itu terutamanya di Jordan.

Sementara itu, Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam pertemuan di Rumah Putih sependapat bahawa kematian Muath akan terus memperkuatkan usaha antarabangsa untuk menghapuskan IS. – REUTERS

IS hampir tewas

SEKUMPULAN pelarian Kurdish, menunggu giliran untuk mendapatkan air daripada sumber air bersih yang disediakan di kem penempatan sementara mereka di wilayah Sanliurfa, Turki.

Menurut jurucakap pejuang Kurdish, pihaknya kini hampir merampas semula kawasan kediaman mereka yang terletak di bandar Kobani, Syria dengan bantuan tentera udara Amerika Syarikat (AS) setelah ditawan oleh pasukan pelampau Islam itu.

Khabar gembira itu dilihat bakal membuka lembaran baharu dalam memberi peluang kepada penduduk di kawasan itu untuk kembali ke kediaman mereka. 
- REUTERS