Rumah ibadat agama lain adalah seperti kuil, gereja, tokong dan gudwara. Rumah ibadat ini hendaklah dihormati. Oleh itu, tidak seharusnya rumah ibadat ini dihina, dikutuk, dikotorkan dan pelbagai perkara yang dianggap tidak menghormati rumah ibadat atau penganut agama lain.

Mengunjungi rumah ibadat adalah harus jika wujud keperluan. Contohnya pertemuan dengan ketua rumah ibadat, perbincangan dan forum. Antara keperluan juga ialah kunjungan bagi mengenali agama dan rumah ibadat.

Apa yang penting ialah pelajar Muslim hendaklah menguatkan keyakinan iman kepada Allah. Amalan-amalan agama bukan Islam seperti tunduk kepada patung dan arca adalah tidak harus dilakukan. Niat kunjungan adalah untuk tujuan belajar, bukan mengagungkan.

Kepercayaan yang ada dalam agama itu juga tidak boleh diyakini. Contohnya, kepercayaan bahawa sesiapa yang masuk ke dalam kuil dengan memijak lantai larangan, maka akan terkena penyakit. Kepercayaan ini tidak boleh diyakini oleh umat Islam.

Cuma keyakinan ini dihormati kerana ia adalah peraturan ditetapkan oleh sesuatu rumah ibadat.