Setiap manusia tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Kedua-dua sifat ini terutama sifat bertanggungjawab menjadi faktor terpenting agar merasa diri berguna di sisi Allah dan manusia yang lain.

Atas rasa tanggungjawab itu, Pengasas Juara Travel Sdn. Bhd., Mazlan Mansor, 46, berusaha membangunkan syarikatnya yang terbabit dalam industri umrah dan haji.

Tanpa pendidikan tinggi, hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran, sahaja namun kegigihan dan keazaman telah membuahkan kejayaan.

Sebelum terlibat secara serius dalam agensi umrah dan haji pelbagai pekerjaan dilakukannya seperti menjadi mekanik lori dan bas di Jengka dan Bera, Pahang sebelum berpindah ke syarikat Hino Motor Malaysia dan Bas Foh Hup di Kuala Lumpur. Dia juga pernah bekerja dalam bidang katering.

Sewaktu negara mengalami kegawatan ekonomi 1998, Mazlan berhijrah ke Felda dan bekerja di kilang Jepun. Apabila ekonomi pulih dia kembali semula ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu teksi sekitar 2001-2002. Di sinilah bermulanya titik perubahan hidupnya.

“Disebabkan tiada kerja tetap seorang rakan yang bekerja di Kementerian Pelancongan mencadangkan agar mengambil lesen pelancongan. Dia banyak membantu saya.

“Waktu itu, saya membawa pelancong luar melawat tempat menarik seperti Pulau Pinang, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Kebetulan pada waktu itu ramai pelancong Arab datang ke Malaysia. Jadi saya antara yang dilantik sebagai pemandu pelancong mereka,” katanya.

Tahun 2007 adalah titik perubahan terbesar dalam hidup Mazlan apabila berpeluang mengerjakan ibadat umrah buat pertama kali bersama ibu saudara. Selepas pulang, ibu saudaranya yang baru sahaja tamat perkhidmatan dari Bank Negara mengajak untuk menubuhkan sebuah agensi umrah.

Bermula dari situ tertubuhnya Juara Travel ketika umur Mazlan 34 tahun. Bermodalkan RM3,000 mereka memulakan operasi dengan menyewa sebuah premis kecil di Puteri Park Plaza, Ampang untuk dijadikan pejabat.

“Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis dilalui untuk meletakkan Juara Travel seperti hari ini. Saya bersyukur kerana setelah 12 tahun dalam industri ini Juara Travel kini mempunyai sebanyak 22 buah cawangan seluruh Malaysia dengan 120 orang pekerja dan 600 orang ejen.

“Malah Juara Travel juga melakar beberapa kejayaan dan memenangi beberapa anugerah, antaranya sebagai agensi pelancongan nombor satu oleh Etihad Airways 2013.

“Dilantik sebagai muassasah berdaftar dengan Arab Saudi dan menduduki ranking keempat daripada 76 syarikat pengendali visa dan jemaah umrah di Malaysia,” jelasnya.

Dana dakwah

Mazlan sedar rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk membantu orang lain. Atas kesedaran itu konsep perniagaan Juara Travel berbeza daripada syarikat lain. Juara Travel tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi lebih mengutamakan dakwah.

Justeru, satu dana dinamakan Dana Dakwah dibangunkan untuk tujuan itu. Melaluinya pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan seperti kursus umrah percuma, ceramah agama dan aktiviti keagamaan.

Kursus umrah percuma dan terbuka untuk semua itu dijalankan hampir setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad di sekitar 20 lokasi di seluruh negara.

Malah syarikat tidak pernah meletakkan syarat kepada peserta kursus untuk berdaftar dengan Juara Travel. Jemaah bebas untuk pergi umrah dengan mana-mana syarikat pelancongan.

Bahkan, ustaz yang memberikan ceramah kursus juga tidak digalakkan berkempen bagi pihak Juara Travel. Cukup dengan hanya membawa beg Juara Travel ketika berceramah sebagai penjenamaan syarikat.

“Tujuan sebenar kita adalah lebih kepada dakwah dan sampaikan ilmu. Sebab itu peserta tidak dikenakan sebarang bayaran. Kos upah ceramah, sewa dewan dan peralatan audio video kami tanggung sepenuhnya. Malah makan dan minum pun kami sediakan percuma,” jelasnya.

Tambah Mazlan, melalui dana itu juga Juara Travel menganjurkan program tentang penipuan umrah di masjid dan surau, kursus haji cilik dengan kerjasama taska, sekolah rendah dan menengah serta aktiviti keagamaan lain.

“Melalui dana ini juga kami dapat kembangkan rangkaian kami. Alhamdulillah, terbinanya Juara Travel adalah menerusi kaedah ini.

“Dengan cara ini jenama kami semakin kukuh dan dikenali. Buktinya, jemaah kami meningkat secara drastik sejak lima tahun lalu seiring dengan Dana Dakwah ditubuhkan,” ujarya.

Sistem gabungan

Bagi mengembangkan syarikat, Juara Travel melaksanakan sistem affiliate atau gabungan iaitu dengan melantik ustaz atau pembimbing umrah serta ejen di seluruh Malaysia.

Katanya, melalui kaedah itu Juara Travel berkembang dan kini sudah mempunyai seramai 600 orang ejen. Ejen-ejennya pula bukan semuanya mempunyai latar belakang pendidikan agama.

“Kelebihan Juara Travel, kami ada Dana Dakwah, secara tidak langsung ramai ustaz atau pembimbing umrah berminat untuk bekerjasama, bahkan ramai juga berminat jadi ejen.

“Daripada bukan ustaz terus dapat gelaran ustaz. Bila dipanggil ustaz sedikit demi sedikit mereka berubah. Mula dalami ilmu agama dan amalkannya dalam kehidupan seharian. Itu juga satu bentuk dakwah,” ujarnya.

Melalui Dana Dakwah, Juara Travel mengadakan affiliate dengan persatuan pelajar di Mekah dan Madinah. Sebanyak RM97,000 disumbangkan untuk persatuan pelajar melaksanakan program dan aktiviti mereka setiap tahun.

Sebagai imbal balik pelajar-pelajar ini menyediakan khidmat sebagai pemandu pelancong untuk jemaah Juara Travel di Tanah Suci.

“Konsep Juara Travel menyeluruh, semua orang dapat habuan dan manfaat. Selain zakat perniagaan, kami juga laksanakan program tanggungjawab korporat membantu golongan memerlukan.

“Antaranya, projek asnaf iaitu kami pilih dalam kalangan mereka untuk mengerjakan ibadat umrah,” katanya.

Juara Travel juga membuka peluang perniagaan berkonsepkan francais. Peluang ini terbuka kepada ejen yang komited dan setia. Jadi, tidak hairanlah Juara Travel berkembang dengan begitu pesat sekali.

“Kita berpegang atas dasar Islam untuk semua dan kita yakin perniagaan ini dapat memberi banyak manfaat. Kami yakin dengan cara francais ini bukan sahaja menguntungkan kami tetapi juga orang lain,” katanya.

Bagi mengembangkan syarikat, Juara Travel melaksanakan sistem affiliate atau gabungan iaitu dengan melantik ustaz atau pembimbing umrah serta ejen di seluruh Malaysia.

Tegasnya, melalui kaedah itu Juara Travel berkembang dan kini sudah mempunyai seramai 600 orang ejen. Ejen-ejennya pula bukan semuanya mempunyai latar belakang pendidikan agama.

“Kelebihan Juara Travel, kami ada Dana Dakwah, secara tidak langsung ramai ustaz atau pembimbing umrah berminat untuk bekerjasama, bahkan ramai juga yang berminat menjadi ejen.

“Daripada bukan ustaz terus dapat gelaran ustaz. Bila dipanggil ustaz sedikit demi sedikit mereka berubah. Mula mendalami ilmu agama dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Itu juga satu bentuk dakwah,” ujarnya.

Melalui Dana Dakwah, Juara Travel turut mengadakan affiliate dengan persatuan pelajar di Mekah dan Madinah. Sebanyak RM97,000 disumbangkan untuk persatuan pelajar melaksanakan program dan aktiviti mereka setiap tahun.

Sebagai imbal balik pelajar-pelajar ini akan menyediakan khidmat sebagai pemandu pelancong untuk jemaah Juara Travel di Tanah Suci.

“Konsep Juara Travel menyeluruh, semua orang dapat habuan dan manfaat. Selain zakat perniagaan, kami juga melaksanakan program tanggungjawab korporat membantu golongan memerlukan.

“Antaranya, satu projek asnaf di mana kami akan pilih dalam kalangan mereka untuk mengerjakan ibadat umrah. Ia lebih kepada hadiah supaya mereka juga dapat menjejak kaki ke Tanah Suci,” katanya.

Selain kaedah affiliate Juara Travel juga membuka peluang perniagaan berkonsepkan francais. Peluang ini terbuka kepada ejen yang komited dan setia dengan Juara Travel. Jadi, tidak hairanlah Juara Travel berkembang dengan begitu pesat sekali.

“Kita berpegang atas dasar Islam untuk semua orang dan kita yakin perniagaan ini dapat memberi banyak manfaat. Kami yakin dengan cara francais ini bukan sahaja menguntungkan kami tetapi juga orang lain,” katanya.