Beliau berkata, sebagai umat Islam, kita harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu.

“Sambutan ini merupakan penyataan kasih dan sanjungan tinggi kita terhadap baginda Nabi Muhammad dalam menyebarkan syiar Islam,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.

Klip video perutusan itu dipaparkan di laman YouTube, Chedet Official.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dijangka berangkat menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - UTUSAN ONLINE