Bencana alam yang dikategorikan antara terburuk di negara itu turut mendapat perhatian dunia termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres yang mengadakan lawatan ke wilayah itu.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 5,000 orang dipercayai hilang dari dua kawasan di Palu, lebih seminggu selepas bandar itu dilanda gempa bumi dan tsunami, sekali gus menjadi petunjuk lebih banyak mangsa terbunuh berbanding angka korban seta­kat ini. - AFP