Tetapi, ia jarang diterokai kerana kebanyakan pelancong hanya tertumpu di Istanbul dan Cappadocia sahaja sebagai destinasi wajib.

Sedangkan terdapat banyak tempat menarik terutama yang berkaitan dengan nabi.

Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej menarik kepada yang berminat mengikuti Pakej Pelancongan Muslim ke Turki.

Menurut Konsultan Pelancongan, Umrah dan Haji, Juara Travel, Cawangan Bangi, Yusnah Yusuf, selain mengunjungi lokasi menjadi tumpuan pelancong seperti Blue Mosque (Masjid Biru), Muzium Aya Sofya di Istanbul dan menaiki belon udara di Cappadocia, rombongan juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat tinggalan sejarah nabi.

“Namun ia bergantung kepada permintaan. Jika ada, maka lawatan ke tempat-tempat itu boleh diatur,” katanya.

SANLIURFA

Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Sanliurfa, sebuah kota lama di sempadan Syria dan Iraq. Dahulunya berada di wilayah Mesopotamia iaitu antara dua Sungai Eufrat dan Tigris.

Di situ terdapat banyak peninggalan Nabi Ibrahim dan Nabi Ayub a.s. Lokasi tumpuan semestinya sebuah kota lama di atas bukit. Di situ berdiri kukuh dua batang tiang besar dipercayai tempat bertakhtanya Raja Namrud. Tiang itu dikatakan digunakan untuk melastik Nabi Ibrahim ke dalam

Kolam ini asalnya tapak yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim
Kolam ini asalnya tapak yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim 

api.

Di bawah bukit tersebut terdapat sebuah tasik dinamakan Tasik Halil-ur Rahman yang kononnya tapak api dibina untuk membakar Baginda.

Tidak berapa jauh dari tasik itu terdapat sebuah tasik dinamakan Aynzeliha (Air mata Zeliha) sempena nama puteri Namrud. Dikatakan sebaik sahaja Baginda jatuh ke dalam api, dengan izin Allah api itu tidak membakar Baginda. Melihatnya, Puteri Zeliha terus beriman.

Dikatakan kerana marah dengan tindakan puterinya, Namrud mencampakkannya ke dalam api sebelum ia membentuk sebuah tasik.

GUA NABI AYUB

Di kota ini juga terdapat kesan peninggalan Nabi Ayub a.s. iaitu sebuah gua tempat Baginda bersuluk sewaktu diuji dengan penyakit kulit.

Menurut riwayat, seluruh tubuh Baginda bernanah dan berbau sangat busuk.

Baginda diusir keluar oleh penduduk. Akhirnya, Allah menyembuhkan penyakit itu dengan mengarahkan Baginda menghentakkan kaki ke tanah. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari tanah. Baginda kemudiannya meminum air itu dan membersihkan dirinya. Sehingga hari ini telaga itu masih mengeluarkan air.

Gua tempat Nabi Ayub bersuluk semasa diuji dengan penyakit kulit.
Gua tempat Nabi Ayub bersuluk semasa diuji dengan penyakit kulit. 

“Melihat keindahan alam semula jadi di negara orang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah. Prinsip penting dalam pelancongan Islam ialah ibrah, iaitu pengajaran yang diperolehi.

“Ia dapat membentuk diri menjadi insan lebih baik. Itulah tujuan sebenar kita melancong,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan Juara Travel boleh hubungi talian 03-92267105 atau laman web www.juaratravel.com.my serta laman Facebook Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.