AMIR, Seremban.

UKE: Haram menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Harus diingat ia bukan binatang peliharaan seperti kucing. Anjing termasuk di dalam kategori najis mughalazah yang mana walaupun sentuhannya boleh disucikan dengan menyamak tetapi perbuatan menyentuhnya tanpa sebab adalah dilarang kerana menjatuhkan diri kepada najis tanpa sebab adalah berdosa.

Namun begitu ada ketikanya harus memeliharanya jika ada kemaslahatan seperti:

1. Dijadikan binatang perburuan dan bukannya untuk bersukan atau berseronok dengan anjing tersebut. Anjing perburuan itu bukanlah anjing comel sebaliknya anjing yang sesuai dengan perburuan.

2. Untuk menjaga keselamatan harta atau maslahat bagi kegunaan polis, tentera, kastam dan sebagainya.

 

Melabur syarikat luar negara

Apakah hukum seseorang itu melabur ke dalam syarikat-syarikat besar luar negara seperti Microsoft, EA Sports (permainan dalam talian) dan beberapa syarikat lain
yang kini menjadi trend dalam kalangan generasi muda Malaysia?

* FATIHAH, Melaka

UKE: Setiap pelaburan hendaklah dilaburkan di tempat yang mematuhi syariah dan bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan dalam agama.