SECARA asasnya, pernikahan adalah sah walaupun pasangan mempunyai penyakit. Namun sewajarnya dinilai penyakit yang ada pada pasangan itu.

Adakah ia memudaratkan atau sebaliknya. Contohnya penyakit HIV iaitu mudah berjangkit melalui hubungan seks yang tidak dijaga dengan baik.

Perkahwinan sah, namun bagaimana kehidupan dalam alam rumah tangga?

Oleh itu, ada kebaikan apabila beberapa saringan kesihatan dilakukan untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang.

Dengan ini, pasangan dapat membuat keputusan sama ada menerima perkahwinan atau tidak menerimanya.