Koleksi sedia dipakai (RTW) itu menampilkan rekaan kontemporari dengan menekankan elemen modernisasi dan kesederhanaan untuk wanita yang mementingkan gaya kemas, menarik serta selesa.

Kehadiran koleksi RTW itu bertetapan dengan matlamat UMMA untuk menyediakan himpunan busana moden dan bergaya mengikut aliran fesyen semasa, tetapi pada masa yang sama tetap menitikberatkan kesopanan.

Setiap helaian koleksi UMMA Essentials turut mencerminkan ciri-ciri yang diingini semua wanita khususnya dari segi kecekalan, kecantikan, keberanian dan kebebasan.

Mengekalkan signature gaya ringkas dan berkualiti tinggi, UMMA Essentials yang terdiri daripada blaus dan seluar polos itu hadir dalam pelbagai warna daripada pastel hingga ke warna yang lebih terang membuatkan ia sesuai digayakan semua wanita.

Lebih menarik, ia turut diperindahkan dengan perincian ropol, butang dan hiasan umpama poket di bahagian hadapan blaus yang nyata menyerlahkan lagi penampilan wanita.

Koleksi itu tidak hanya memfokuskan kepada wanita langsing, sebaliknya turut memberi peluang wanita berbadan besar tampil cantik bergaya.

Bukan sahaja disebabkan rekaannya agak longgar, tetapi UMMA Essentials juga menyediakan saiz pakaian sehingga XXL, sesuai digayakan mereka yang bertubuh gempal.

Wanita yang ingin mendapatkan koleksi tersebut boleh melayari laman web www.umma.my atau di Isetan KLCC. Selain itu, UMMA juga dipasarkan melalui beberapa platform dalam talian seperti Fashion Valet, Zalora dan Shopee.

Sementara itu, UMMA yang bernaung di bawah syarikat Dimensi Moda Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai pilihan kosmetik di bawah jenama Nita Cosmetics.