Ciri-ciri ini menjadi kelainan butik C’La Exclusive yang mengetengahkan rekaan klasik moden. Pendek kata, si pemakai kelihatan anggun dengan pakaian potongan tradisional yang dimodenkan.

Itulah kelainan koleksi C’La Lebaran 2019 bukan sahaja sesuai digayakan pada hari raya nanti, bahkan boleh disuai padankan dengan seluar atau blaus ke tempat kerja.

Menurut pengasasnya, Siti Norhasilah Ahmad Saufian Nasauri, 34, konsep suai padan lebih menjimatkan dan tidak perlu membeli banyak kerana setiap baju, skirt atau seluar boleh dipadankan dengan pakaian lain.

Menariknya, C’La Exclusive memilih fabrik yang selesa, lembut dan kemas. Apa yang boleh dikatakan, konsep utama yang akan ditampilkan pada tahun ini ialah penggunaan batik dalam semua rekaannya dengan mengekalkan ciri-ciri klasik, pada masa sama menerapkan ciri-ciri moden. Sehubungan itu penggunaan warna terang, asas, lembut selain corak moden, klasik dan minimalis menjadi pilihan C’La Exclusive untuk menghasilkan pakaian kasual butik yang turut menjadi ciri unik jenama ini.

Selain itu, C’la Exclusive mengekalkan rekaan klasik seperti kurung Kedah, kebaya dan potongan kaftan yang disuai padan dengan batik. Koleksi ini boleh digayakan ke mana sahaja sama ada majlis rasmi atau santai. Malah, busananya yang dilihat ringkas mampu menonjolkan elemen mewah dan elegan kepada si pemakai.

INFO

C’LA Exclusive
No. 6-43-02 Jalan Medan Pusat Bandar,
Seksyen 8A,43650
Bandar Baru Bangi
Telefon:+603-89125 679