Malah, dengan suntikan elemen moden menjadikan pakaian tradisi ini sentiasa menjadi pilihan wanita untuk digayakan tidak kira waktu dan acara.

Menyedari hakikat itu, Butik Al Ajmal menyediakan pelbagai busana tradisional yang bukan sahaja klasik, cantik dan anggun tetapi sopan dan manis apabila digayakan.

Pengasas butik, Rozita Mat Reshad memberitahu, keindahan serta keunikan pemakaian itu menjadikan busana tersebut kekal relevan menerusi fesyennya yang pelbagai.

Jelas beliau yang mengusahakan butik pakaian Muslimah sejak 2014, baju kurung Pahang menjadi pilihan untuk dijual kerana fesyennya kekal sepanjang zaman dan menggamit nostalgia.

Katanya, ini kerana ia tidak bermusim dan sentiasa menjadi pilihan wanita yang bekerjaya sepanjang masa.

Baju kurung bukan sahaja dipakai pada hari raya, tetapi juga pada majlis kenduri serta ke pejabat kerana fesyen itu tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.

“Lagipun fesyen ini tidak terlalu menyerlah untuk wanita yang ingin mengekalkan identiti Melayu asli,” katanya kepada Mega Rona baru-baru ini.

Menyedari persaingan sengit busana itu, Rozita berkata, keunikan baju kurung Pahang di Butik Al Ajmal adalah menggunakan pola dan corak sendiri untuk potongan saiz standard bagi wanita negara ini.

Jelas beliau, ini membuatkan si pemakai terasa baju tersebut seolah-olah ditempah secara khas untuknya.

“Kami menggunakan dua kali jahitan atau tindih kasih yang anti retas walaupun pemakainya seorang yang lasak.

“Lebih unik setiap tahun kami mengeluarkan stok baru dengan corak terkini dan edisi terhad di mana kami tidak akan mengulang design yang sama berulang kali.

“Kami juga menampilkan perbezaan kerana menggunakan dua material utama iaitu kain kapas English yang kami tempah secara pasang dari Vietnam dengan tempahan khas dua corak iaitu kurung moden dan mini kurung serta berzip di hadapan atau belakang,” jelasnya.

Rozita menambah, fesyen itu diminati ramai termasuk golongan remaja hingga dewasa kerana nampak lebih kasual dan boleh dipadankan dengan tudung bawal atau shawl polos bagi menyerlahkan identiti kebangsaan sebenar.

“Satu lagi material yang digunakan adalah jenis sakura atau SB Line kosong iaitu tidak bercorak serta mempunyai lebih 40 warna pilihan pastel dan terang.

“Baju kurung Pahang atau dipanggil juga kurung Riau juga mempunyai potongan mengikut badan. Ia terletak mengikut saiz badan normal dan sesuai untuk setiap golongan sama ada wanita berusia mahupun remaja,” kata wanita kelahiran Kelantan ini.

Menurutnya, harga pasaran baju kurung Pahang ketika ini adalah antara RM129 hingga RM149 mengikut komuniti setempat.

Namun kata Rozita, butiknya hanya menjual pada harga promosi bermula RM59 hingga RM99 untuk saiz XS hingga XXL.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Butik Al Ajmal yang terletak di Lakefield, Sungai Besi melanjutkan waktu operasi dari pukul 10 pagi hingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook: Butik Al Ajmal atau hubungi talian 016-673 2464.