Kali ini, Bernard membawa kembali glamor dan anggun era 70-an dan 80-an seperti potongan lengan gelembung, dres midi dan skirt beropol. Bernard juga bermain dengan gabungan corak-corak berani, sesuai buat wanita yang gemarkan gaya ranggi dan inginkan kelainan.

Gaya era 70-an dipamer­kan melalui dres midi dengan siluet skaf, disuntik pula elemen moden bukan sahaja mampu menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan, tetapi juga menonjolkan gaya sofistikated yang berbeza dan menarik dengan corak lebih berani.

Corak pilihannya mengete­ngahkan keunikan Asia dengan campuran buah-buahan seperti manggis dan durian, hidupan ikan serta bu­nga kerawang yang padat, selain corak monokrom yang membuatkan penampilan anda lebih menonjol.

Bernard juga bermain de­­­ngan perincian seperti ­hi­a­s­an manik berkaca, per­mata berkilauan dan sulaman halus menggunakan benang emas sutera yang menyerlahkan lagi koleksi tersebut.

Bagi koleksi lelaki pula, Bernard menekankan ciptaan dan potongan yang hebat serta disuntik dengan elemen-elemen yang menjadi kegilaan golongan muda. Deretan gaya lelaki menampilkan corak pemandangan oriental, geometri, motif ikan yang kemudiannya dipadankan dengan seluar capri.

Tambah menawan, fabrik yang digunakan untuk koleksi musim bunga/panas kali ini adalah berasaskan sutera lembut dengan pemilihan warna-warna seperti hitam dan putih, biru lembut, jingga, biru kehijauan dan gabu­ngan hitam serta emas.