Berlangsung hari ini hingga Ahad (9 Disember), anda diberi peluang untuk melawat ke tapak festival pengantin di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pengunjung berpeluang membuat persediaan untuk majlis perkahwinan 2019 termasuk katering, pelamin, busana pengantin, pakej lengkap perkahwinan, dewan perkahwinan, kad kahwin, fotografi, videografi, hadiah untuk tetamu (door gift), hantaran dan pelbagai lagi. Ini meliputi promosi daripada 60 vendor produk perkahwinan dan 100 pilihan dewan sekitar Lembah Klang.

Istimewa buat pengunjung, 1,000 yang terawal datang ke pameran akan mendapat hadiah istimewa daripada penganjur. Ini termasuk hadiah seperti penginapan hotel, baucer makan malam, barangan gajet, pakej bulan madu, kemeja-T cetakan khas, cenderahati dan banyak lagi.

Pameran tersebut akan menonjolkan fesyen-fesyen anggun pengantin dan diserikan pula dengan set barang kemas, set jamuan menyelerakan, keindahan bunga-bungaan hidup dan banyak lagi.

Tidak lengkap rasanya jika mahligai yang dibina tidak mendapat restu tetamu yang menghadirinya. Justeru, anda berpeluang memilih apa saja menu daripada makanan empat kaum utama di Malaysia. Bagi set pengantin pula, bakal raja sehari boleh mencuba dahulu makanan sebelum membuat keputusan untuk hidangan pada hari besar kelak.

Pakej perkahwinan ini merangkumi makanan, gubahan bunga, kek, sistem audio dan peluang penginapan di hotel selama satu malam di Parkroyal. Malah, bakal pengantin juga boleh memilih tema perkahwinan sendiri.

Menariknya, vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50 peratus.Tidak ketinggalan setiap tempahan minimum RM500 berpeluang mendapat cabutan bertuah.

Orang ramai juga berpeluang melihat demonstrasi solekan oleh jurusolek popular seperti Tiar Zainal, Sheila Mohamad, Syed Faizal, Aizat Abdul Razak, Deqsha, Nurul MF, Erin Lola dan Chiqa pada hari ini dan esok (Jumaat dan Sabtu) di pentas utama dan melalui siaran langsung live streaming FB MEFA.

Selain itu, terdapat pertunjukan fesyen daripada tujuh pereka dalam industri perkahwinan pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook https://www.facebook.com/mefaevent, Instagram https://www.instagram.com/mefapengantin dan laman sesawang http://www.mefa.my. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Azahari di talian 012-3871775.