RSC terkenal dengan rekaan blaus tahan lasak dan praktikal menggunakan material `moss crepe’ Korea berkualiti tinggi sesuai untuk golongan wanita yang sibuk. Empat rekaan diketengahkan iaitu blaus Nurisa, Dania, Numa, Delisha dan Mabel.

NORAZRINA
NORAZRINA 

Blaus Nurisa merupakan busana potongan lapan panel yang ringkas dengan memfokuskan bahagian pinggang bagi menampakkan ilusi langsing dan tinggi kepada si pemakainya. Menampilkan corak abstrak dengan tiga warna iaitu merah gelap, biru gelap dan kelabu gelap, blaus ini kata pemilik dan Pengarah Urusan RSC, Norazrina Mohd. Salleh, 34, menjelang Aidilfitri Nurisa akan menam­pilkan corak bunga bagi memberi pilihan lebih luas kepada pelanggan.

Blaus Dania pula adalah rekaan yang masih bertahan sejak lima tahun lalu dan mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan.

Numa pula menampilkan potongan tujuh panel berwarna polos dengan perin­cian ropol pada bahagian bahu namun tampak lebih kasual. Yang mahu bergaya santai tetapi kekal feminin boleh mencuba blaus Delisha berpotongan moden dan minimal.

Blaus ini mempunyai kedutan pada hujung lengan dan belahan pendek pada bahagian tepi kiri dan kanan hujung baju bagi memudahkan pergerakan pemakai. Blaus Mabel pula antara rekaan blaus longgar ala babydoll yang mempunyai panel bagi menambahkan kesan flowy juga didatangkan dengan corak yang terhad.

Mabel juga boleh dipakai ketika bersantai di hujung minggu.

Selain ibu pejabat RSC di Seksyen 7 Shah Alam dan butik di Alor Setar, Kedah, RSC mempunyai butik di Melawati Mall, Kuala Lumpur; Bandar Baru Uda, Johor Baharu; Dataran Austin, Gong Badak, Kuala Terengganu; Kuantan East Coast Mall dan Lagenda Heights di Sungai Petani, Kedah.