Mementingkan keselesaan pemakainya, Therapy Boutique di Bangi Sentral yang ditubuhkan sejak 17 tahun lalu telah menghasilkan pelbagai rekaan sedondon untuk ibu dan anak.

Pelbagai rekaan kebarung, blaus, skirt dan kurung dihasilkan agar senada cita rasa antara ibu dan anak.

Hampir kesemua koleksi pakaian ibu dan anak ini diperbuat daripada material como crepe, kain yang lembut, selesa dan tidak panas. Ini membuatkan si kecil tidak merasa rimas memakainya dalam tempoh yang lama.

Untuk si ibu material kain ini menampakkan tubuh yang langsing namun yang lebih penting ia tidak mudah berkedut dan hanya perlu digosok ala kadar sahaja.

Kesemua koleksi di butik ini sesuai untuk kanak-kanak berusia dua tahun sehingga 12 tahun manakala untuk si ibu saiz yang disediakan ialah dari S sehinggalah ke XL.

Rekaan yang dihasilkan juga sesuai untuk golongan ibu yang sedang menyusukan bayi selain mesra wuduk.

Terdapat tujuh rekaan pakaian khusus untuk ibu dan anak manakala pilihan warna pakaian yang terdapat di butik ini adalah berdasarkan permintaan pelanggan.

Selain baju kurung dan kebarung yang menjadi pilihan menjelang Aidilfitri ini, blaus dan skirt juga adalah antara pakaian yang paling mendapat permintaan tinggi pelanggan kerana mudah disesuaikan dalam mana-mana majlis.

Pelanggan bukan sahaja boleh mendapatkan koleksi ibu dan anak ini di butik Therapy malah boleh melayari Facebook Therapyboutique atau Instagram di Boutique_therapy untuk membuat tempahan.