Pemain tengah MDT paling muda yang berusia 17 tahun, Muhammad Ameerul Eizlan kelahiran Negeri Sembilan menjaringkan gol pembukaan seawal minit keenam dengan sepakan kencang dalam kotak penalti.

Sepakan lencong dalam kotak penalti pada minit ke-15 hasil gerakan solo Ketua Pasukan MDT, Razilawali A. Wahab melalui hantaran cantik Mak Chee Weng dari tengah yang berjaya menembusi perangkap offside lawan.

Uzbekistan yang mahu merapatkan jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-40 tidak kesampaian apabila penjaga gol negara iaitu Mohamad Sulaman berjaya menidakkan sepakan tersebut.

MDT terus garang apabila Razilawali A. Wahab sekali lagi berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-45 hasil sepakan gunting melalui hantaran daripada kanan oleh pemain pertahanan Faza Firdaus Ghazali ke dalam kawasan penalti.

Menyambung separuh masa kedua, minit ke-53 MDT menerima kad merah kontroversi apabila Muhammad Ameerul Eizlan dilayangkan kad kuning kedua dan memaksa MDT bermain dengan 10 orang.

Peluang tersebut digunakan sebaik-baiknya oleh Uzbekistan apabila Diyor Murotov menyumbangkan dua gol pada minit ke-49 dan 54.

Walaupun bermain dengan 10 orang namun MDT tetap mampu mengasak ke kubu lawan dan berjaya menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-59 oleh Ketua Pasukan MDT yang juga gol ketiga peribadinya.

Tamat perlawanan menyaksikan MDT berada di tangga teratas kumpulan A iaitu berkongsi empat mata dengan Jepun cuma berbeza jaringan gol. MDT dan Jepun akan bertemu dalam perlawanan ketiga pada 2 Mei ini. 

MDT-Uzbek
MDT-Uzbek

Kemenangan ke atas Uzbekistan secara tidak langsung mengembalikan nostalgia lalu semasa di KL 2004 dan melakar rekod dan sejarah baharu buat MDT.