Memikirkan kerasionalan itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menerusi program Jelajah 1Murid 1Kraf (J1M1K) tampil di majlis Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) di Bangi Avenue Convention Centre bagi memberikan pendedahan tentang seni warisan tersebut.

Ujar wakil perbadanan itu, Noor Rafiza Ahmad, J1M1K bukan hanya memberi pendedahan kepada para pelajar malah orang ramai juga boleh mendapatkan ilmu yang sama.

“Melalui ruang pameran yang disediakan, pengunjung boleh mencanting dan mewarnakan batik sendiri. Di sini, kami akan mengajar bagaimana proses itu bermula sehingga selesai.

“Lebih menarik, pengunjung juga bukan sahaja sekadar boleh membawa pulang balik yang telah disiapkan itu malah turut menerima sekeping sijil yang dikeluarkan khas oleh MBM,” katanya.

Noor Rafiza berkata demikian sewaktu ditemui Utusan Online di Bangi Avenue Convention Centre, dekat sini.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Muhammad Tarmizi Husin berkata, dia sememangnya sudah lama teringin untuk mencanting batik namun belum pernah bertemu dengan masa yang sesuai.

“Kebetulan pula saya singgah ke program Sambutan 7 Dekad MBM ini dan ada ruang pameran berkenaan batik disediakan. Takkan saya nak lepaskan peluang ini.

“Lagipun balik adalah seni warisan kita. Rugi rasanya kalau tak pernah hasilkan batik sendiri walaupun sekali dalam seumur hidup,” katanya. - UTUSAN ONLINE