Acara Futsal Persahabatan antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Distanbun FC (Aceh) dijalankan kelmarin sebagai satu aktiviti mempereratkan hubungan ini berlandaskan semangat Komuniti ASEAN.

Timbalan Presiden MBM, Mohd. Zaidi Aziz menyatakan belia dan pemuda di kedua-dua negara adalah aktor penting dan perlu bergerak bersama ke arah memperkukuhkan rantau.

"Program bersama dan berterusan perlu dijalankan agar belia di rantau ini disemai bibit-bibit asas meneruskan kesinambungan ASEAN sebagai rantau yang pesat membangun dan berdaya maju yang dijana oleh tenaga muda," katanya di sini.

Program futsal persahabatan ini berlangsung di Gelanggang Futsal UTC Pudu Sentral di sini sempena kunjungan muhibah delegasi dari Aceh itu ke Malaysia pada 21 Mac lalu, dalam rangka perkongsian program pembangunan belia. - UTUSAN ONLINE