Konvensyen yang berlangsung di Dewan Utama Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula pukul 2 petang 14 April lalu itu, dianjurkan oleh MAYC Kelantan dengan kerjasama MAYC Kebangsaan, Majlis Belia Malaysia,  Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Perdana Menteri, bertujuan memberi input kepada golongan belia berkenaan isu-isu semasa dalam negara di samping merapatkan hubungan antara mereka dengan pimpinan tempatan agar pembangunan belia di Kelantan dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Program bermula dengan sesi taklimat pembangunan negeri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Azman Ismail dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Datuk Rafi Awang Kechik.

Upacara perasmian KBK 2018 disempurnakan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Kelantan, Mohammad Azam Ismail.  Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri, Mod Nazri dan Presiden MAYC Kebangsaan yang juga Pengerusi Tetap MBM,  Mohd. Syahbuddin Hashim.

MAYC-Kelantan

Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin Hashim

Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan Arjuna Sukma.

Dalam program ini juga terdapat beberapa aspirasi orang muda yang disampaikan antaranya:

* memohon penyediaan lebih banyak lagi pusat sukan di negeri ini

* memohon peluang pekerjaan kepada anak-anak Kelantan bagi mengelakkan mereka berhijrah supaya dapat menabur bakti pada negeri sendiri

* meminta perhatian kepada belia-belia di peringkat kampung kerana mereka masih kurang pengetahuan tentang info semasa akibat kekurangan akses internet

Pada akhir program, satu kesepakatan telah dimeterai dengan lapan resolusi KBK 2018 telah diserahkan oleh Presiden MAYC Kebangsaan kepada Ketua Pemuda BN Kelantan untuk disampaikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.