Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Lurah Bilut di Bentong, Pahang, tidak ketinggalan menjayakan sambutan tahun ini yang bertemakan Guru Pemacu Transformasi Negara.

Seramai 37 orang guru yang dedikasi mendidik 247 orang pelajar sekolah berkenaan, menunjukkan sikap sporting  apabila berpakaian pengantin lengkap dengan mahkota sesuai dengan konsep pengantin yang dipilih untuk sambutan kali ini.