Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka bahawa penghakupayaan golongan belia bersekolah iaitu dalam lingkungan umur 15 hingga18 tahun) bukan hanya perlu dilaksanakan menerusi pendidikan formal sebaliknya juga dengan cara pendidikan tidak formal, iaitu yang berlaku di luar kurikulum berstruktur.

Pendekatan melalui kaedah komunikasi, pembinaan bakat dan potensi serta pengalaman di lapangan ini akan menyediakan belia bersekolah dengan kemantapan sahsiah terpuji.

Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan dalam sesi bersama bakal pendidik membangkitkan persoalan tentang perbezaan antara sekolah dan kehidupan?

"Di sekolah, golongan belia bersekolah ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran. kemudian diberi ujian. Dalam kehidupan, mereka diberi ujian yang memberi mereka pelajaran dan pengajaran,” katanya.

Beliau membangkitkan banyak kisah kejayaan individu di dunia menunjukkan lebih 80% pembelajaran adalah tidak formal dan berlaku di luar kelas.

Turut hadir pada program ini Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ismail Bin Zaini.